Pembelajaran yang fokus kepada seorang pelajar pada satu masa mengikut tahap perkembangan pelajar. Pelajar juga akan mendapat maklum balas dari guru secara langsung sekaligus membantu meningkatkan pemahaman dalam pembelajaran.
Rekod harian
Catatan bacaan anak-anak akan direkodkan bagi setiap sesi mengaji yang dijalankan untuk memudahkan pemantauan pihak ibu ayah di rumah.
Kumpulan Kecil
Kami menyediakan kelas yang terdiri daripada maksimum 7 orang pelajar bagi setiap sesi. Guru dapat memberikan perhatian yang secukupnya kepada semua pelajar. Disamping itu, anak-anak akan lebih fokus di dalam kelas.
Guru Bertauliah
Kami menyajikan barisan asatizah yang bertauliah dalam bidang al-quran. Kami juga menitik beratkan penggunaan tajwid dan sebutan makhraj yang betul dalam penyampaian ayat-ayat suci Al-Quran
Persekitaran yang Kondusif
Setiap kelas dilengkapi dengan sistem penghawa dingin agar pelajar dapat menimba ilmu di dalam suasana yang selesa dan kondusif.
KAMI SANGAT MEMAHAMI APA
YANG ANDA RISAUKAN!
TIDAK KENAL MANA BACAAN PANJANG DAN PENDEK
BACAAN TIDAK LANCAR
TIDAK MENGENAL HURUF HIJAIYAH
DI MANA BOLEH BERHENTI UNTUK AMBIL NAFAS
Kelas Mengaji Kami Sesuai Untuk
Ibu bapa yang mempunyai anak seawal usia 4 hingga 12 tahun.
Ibu bapa yang mahu anak-anak mereka menjadi insan yang intelek dan celik al-quran pada usia muda
Ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka faham dan mahir hukum tajwid dengan mudah
“Anak saya dah boleh memorize doa dan recognize bunyi huruf"